28 April 2017

BENJY AKUI JUAL DADAH UNTUK BIAYA RAWATAN KANSER IBU



Sedia sedia maklum bahawa Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim baru-baru ini ditangkap oleh pihak polis Indonesia atas dakwaan menyorokkan dadah jenis syabu di dalam duburnya. Sehingga kini, pelakon itu masih lagi ditahan di Indonesia.

Menerusi satu kenyataan yang dipetik daripada Merdeka.com, Benjy akui mula terjebak dengan penjualan dadah demi membiayai rawatan kanser ibunya, Azean Irdawaty.

"Pernah, enggak racik sendiri untuk pakai, tetapi untuk biayai (pengobatan) kanker ibu saya. Anak jantan mana boleh lihat ibunya sakit," jelas Benjy.

Klik untuk gambar besar




Untuk pengetahuan anda, ibu Benjy telah meninggal dunia pada 17 Desember 2013 (Selasa) selepas menghidap penyakit kanser payudara.

Sementara itu, menurut pihak berkuasa di sana, setelah diteliti, berat dadah yang disorokkan Benjy di dalam duburnya sebelum ini hanyalah 4.5 gram dan bukanlah 14 gram seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Selain itu, tiada lagi bukti menunjukkan bahawa Benjy mempunyai rangkaian dengan mana mana pengedar dadah di Medan, Indonesia namun siasatan masih diteruskan sehingga kini.






www.myartis.com / Sumber: Merdeka.com




         ________________________





No comments: