14 April 2017

BILA 'AKSI DANSA' DATO' ALIFF SYUKRI DITEGUR NETIZEN



Pengasas produk D'Herbs, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman menerusi laman Instagramnya telah memuatnaik sebuah video dimana dirinya itu sedang berdansa dalam keadaan tuala yang basah sambil mengajak isterinya, Datin Shahida turut berdansa bersamanya.

Dalam video itu juga, Dato' Aliff atau lebih dikenali sebagai Abang Telajak Laris, menyatakan bahawa isterinya selalu sahaja serius.

"Susah benar nak ajak wife saya sorang ni berdansa... jenuh paksa Shahida... sampai masam muka dia, serius memanjang pun x seronok... Ada tak yang perangai sama macam isteri saya ni don serius jee," ujar Dato' Aliff di IGnya.

Klik untuk gambar besar




Bagaimapaun, muatnaik video tersebut telah menarik perhatian dan ramai yang menegur Dato' Aliff atau lebih dikenali sebagai Abang Terlajak Laris.

Ada dikalangan pengikutnya mengatakan video itu tidak perlu dikongsi kepada umum lebih lebih lagi Dato' Aliff baru pulang dari umrah. Malah ada juga menyifatkan apa yang Dato' Aliff lakukan itu umpama sudah buang tabiat.

Selain ada yang menyifatkan apa dilakukannya itu umpama buang tabiat, ada juga yang menyatakan video gelagat menari yang turut disertai oleh isterinya itu adalah sangat romantis.

Tidak semua benda kita boleh kongsi di laman sosial. Ada sesetengah momen indah pasangan suami isteri seharusnya tidak dipertontonkan kepada umum kerana ada perkara yang tidak patut dilihat. Harapnya selepas ini Aliff akan berfikir sebelum memuatnaik sesuatu di Instagram.







KLIK DISINI UNTUK TONTON VIDEO



Foto & video: Dato' Aliff Syukri IG



         ________________________





No comments: