02 April 2017

BILA ENGKU ALEESYA TERINGIN ADIK BARU



"Saya hanya memberitahu Aleesya dia perlu menunggu kerana jika bukan saya, mungkin ayahnya yang akan menjadikan keinginannya itu sebagai realiti.

"Saya langsung tidak tertekan kerana memahami mungkin Aleesya kesunyian tanpa teman untuk bermain," kata Erra Fazira mengenai anak perempuannya, Engku Aleesya yang beberapa kali mengajukan keinginannya untuk mendapat adik baru

Untuk makluman, anak Erra dan Engku Emran baru-baru ini telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-8.

Klik untuk gambar besar




Akui Erra lagi, sebagaimana anaknya kini kian membesar dan memahami situasinya dan bekas suami, beliau sering ditanya mengenai pengganti hidupnya.

"Terasa pantas masa berlalu, Aleesya kini sudah berusia lapan tahun. Banyak perbezaan yang saya lihat dalam dirinya dan paling penting, Aleesya membesar seiring usia.

"Alhamdulillah, Aleeysa tidak merasai kekurangan, malah mengerti situasi ibu dan bapanya yang tidak lagi hidup bersama," ujarnya.

Selepas berakhirnya perkahwinan di antara Erra dan bekas suami pada 2014 lalu, hangat diperkatakan pula gosip di antara beliau dan penyanyi, Shahir AF. Biarpun tidak mendedahkan terlalu banyak mengenai gosip itu, Erra tidak mula melatah dan memilih untuk berdiam diri.








Sumber: BH Plus
Foto: Erra Fazira IG



         ________________________





No comments: