02 April 2017

DAPAT REAKSI POSITIF - IFA RAZIAH AKUI SELESA BERTUDUNG



Gambar dirinya bertudung litup yang mendapat reaksi positif di kalangan peminat dan juga pengikutnya di IG, Ifa Raziah, 41, akui selesa mengenakan tudung meskipun belum membuat keputusan untuk berhijab.

Kata penyanyi lagu 'Ser Ser Ser' itu, beliau akan bertudung apabila sudah bersedia melakukannya, termasuk menjaga semua aspek pemakaian.

"Saya tiada masalah untuk mengenakan tutup kepala dan tetap boleh bergaya apabila bertudung. Doakan supaya hati saya terus tetap untuk bertudung apabila sampai masanya nanti

Klik untuk gambar besar




"Apabila kita pakai tudung, kita bertanggungjawab dengan keputusan yang kita buat. Saya tidak mahu hipokrit, doakan yang baik-baik untuk saya," katanya yang turut berkata yang beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk tampil bertudung pada majlis tertentu.

Apa yang pasti, tindakan penyanyi tersebut pastinya membuatkan peminat tidak sabar-sabar menantikan Ifa untuk berhijrah.

Semoga apa yang diimpikan oleh Ifa akan dipermudahkan. Malah dia sendiri menghimpun harap agar peminatnya turut sama mendoakan agar hatinya mengambil keputusan untuk terus menutup aurat.












Sumber: Berita Harian
Foto: Ifa Raziah IG



         ________________________





No comments: