02 April 2017

4 GAMBAR - INILAH WAJAH PENUH ESHAAL, BABY GIRL AKIM & STACY



Setelah 44 hari kelahiran, akhirnya pasangan Akim Ahmad dan Stacy berkongsi wajah penuh anak perempuan mereka yang lahir pada 17 Februari lalu untuk tatapan peminat yang sekian lama menunggu untuk melihat wajah comel si kecil ini.

Pasangan kelahiran Akademi Fantasia ini berkongsi wajah anak mereka yang diberi nama Eshaal di laman Instagram masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, gambar yang dikongsi ibunya itu sudah pun mendapat lebih 30,000 lebih 'like'.





Bermula dengan Stacy yang memuatnaik gambar puteri kesayangan mereka ke laman sosial terbabit, kira-kira sejam yang lalu, ia kemudian dikongsi pula oleh suaminya.

"Assalamualaikum semua. Hari ni Eshaal sudah genap 44 hari. Sekarang ni Eshaal dah kuat minum susu dan nak tidur ja sebab nak besar macam kakak beyya. Kejap lagi Eshaal bangun sambung kacau mamy.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan Eshaal dan mummy selama ni.. Muka Eshaal banyak ikut mummy atau daddy?" kata Stacy di IGnya.

Bintang kelahiran program Akademi Fantasia itu mengakui, kehadiran bayi perempuan berkenaan menambahkan lagi seri dalam kehidupan mereka.



"Celik mata, anak dulu yang difikirkan. Alhamdulillah, ia nikmat indah buat saya untuk menjadi ibu kepada dua anak," ujarnya.

Pasangan popular itu juga turut membuka akaun Instagram khusus untuk si kecil ini menggunakan nama @eshaal_1717 yang kini diikuti oleh lebih 4,000 orang.

Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, melahirkan bayi perempuan seberat 2.97 kilogram berkenaan di sebuah hospital swasta.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Februari tahun lalu di Kota Kinabalu, Sabah. Mereka turut mempunyai anak angkat bernama Bella De Luna Valentina, yang kini berusia lima tahun.




Sumber: Berita Harian & Stacy Anam IG
Foto: Stacy Anam IG & Eshaal IG



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...