02 April 2017

ARWAH SUAMI NORA: "SEMOGA ALLAH MENEMUKAN KITA DI SYURGA"



Menerusi entri terbaru di laman Instagram, penyanyi Nora Ariffin telah memuatnaik gambar senaskhah kitab Al-Quran serta nota pesanan yang menjadi hadiah teristimewa peninggalan arwah suami, Johan Nawawi buatnya.

"Assalamualaikum buat isteriku yang dikasihi. Semoga Allah menemukan kita di syurga InshaAllah. Terima kasih kerana menjadi isteri, kekasih dan ibu yang mithali," kata nota yang ditulis pada 24 April 2010.

Klik untuk gambar besar




Nora menerusi akaunnya juga menyifatkan hadiah tersebut sebagai antara yang paling bermakna bagi dirinya.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu 'Hanya Satu' itu turut mencurahkan keperitannya meneruskan hidup tanpa insan tercinta di sisi.

"Assalamualaikum.. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita pulang. Antara hadiah yang paling bermakna daripada arwah suami tercinta berserta kata-kata yang sangat bererti.



"Seminggu sudah berlalu, namun keperitan sukar digambarkan.. Allah saja yang tahu.. Semoga abang tenang di sana, di taman syurga bersama orang beriman. Orang baik, perginya juga baik.

"Abang... Adamu menyenangkan dan membahagiakan... Pergimu amat menyedihkan.. Insya-Allah, bertemu di syurga," tulis Nora di IGnya.

Arwah yang merupakan seorang komposer itu meninggal dunia pada 24 Mac lalu pada pukul 6.30 pagi di Ramsay Sime Darby Medical Centre, Subang Jaya, Selangor kerana sakit jantung.


Foto: Nora Ariffin IG



         ________________________





No comments: