02 April 2017

MINTA JEP DURIAN - PEMINAT ANGGAP SARI YANTI 'MENGIDAM'



"Dia nak durian pulakkkkkkk..," demikian kata Jep Sepahtu yang mengenai gelagat isterinya, Sari Yanti yang minta mahu makan durian daripada suaminya kelmarin.

Melihat pada gambar yang dimuatnaik Jep, pasangan yang bernikah di satu majlis tertutup pada 25 Februari lalu itu kelihatan gembira dan teruja ketika sedang menikmati durian pada waktu malam.

Klik untuk gambar besar




Entri tersebut menarik perhatian pengikut Instagram yang rata-rata menganggap permintaan Sari itu sebagai mengidam.

Tidak ketinggalan juga ada yang telah mengucapkan tahniah kerana menggangap Sari kini sedang hamil dan Jep bakal bergelar bapa.

Apa-apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik untuk mereka.










Sumber: Jep Sepahtu IG
Foto: Jep Sepahtu IG & Sari Yanti IG



         ________________________





No comments: