02 April 2017

26 GAMBAR - SEKITAR PERKAHWINAN AMMAR TITAN & PASANGAN



Tahniah diucapkan buat penyampai radio Hot FM, Ammar Titan, 29, yang telah selamat bergelar suami kepada pilihan hatinya, Amalina Jamil pada majlis pernikahan yang berlangsung di Farar Place, Kampung Sungai Buah, Dengkil, Selangor, jam 9.30 pagi semalam.

Pada majlis tersebut, Amar atau nama lengkapnya, Azizul Ammar Abu Hassan, menyerahkan mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM10,000, selain lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pengantin perempuan.

Klik untuk gambar besar




Difahamkan, pasangan ini dinikahkan bapa pengantin perempuan, Jamil Shamsudin disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Raudhotul Jannah, Kampung Sungai Buah, Ustaz Muhammad Nazri Ismail dan turut dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat.

"Alhamdulillah. Tidak percaya rasanya...akhirnya saya selamat menjadi suami kepada Amalina atau Nina. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menjalankan tanggungjawab sebagai nakhoda perkahwinan yang diamanahkan ini.



"Apa yang boleh saya katakan pada hari bahagia ini, Allah memberikan kita apa yang kita perlukan dan bukan sesuatu yang kita inginkan kerana Dia lebih mengetahui segala-galanya," kata Ammar.

Pasangan yang berkenalan pada tahun 2009 itu kelihatan sama cantik dan segak menggayakan busana sedondon berona putih.

Amar menapak dalam bidang seni dengan menyertai program Bintang Mencari Bintang (BMB). Beliau kini semakin selesa dengan tugas sebagai penyampai radio di Hot FM. Amar turut dikenali apabila mengendalikan segmen 'Jejaka Dia' bersama Issey dan Deen.
















































Sumber: Berita Harian
Foto: Ammar Titan IG & @bellevyue



         ________________________





No comments: