02 April 2017

9 GAMBAR - SITI NURHALIZA TIMANG CUCU KE-3, 'ARIF JIWA'



"Alhamdullillah, bertambah ahli keluarga kami.. Selamat hari kelahiran Arif Jiwa bin Muhammad Asyraf @asyrafkhalid. Tahniah ibunya @tyaarifinnw..

"Pengalaman berada di dalam bilik bersalin bersama-sama Tya satu pengalaman berharga.. Perjuangan bertarung nyawa..

"Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. walaupun pasukan sorak ibu-ibu iaitu @teezac @komariaharifin @fitriarifinfw dan saya cuba sebaiknya memberi semangat tetapi heroin yang sebenarnya tetap si ibu yang hebat dengan kebijaksanaan Doktor serta Nurse yang bertugas..

Klik untuk gambar besar




"Alhamdullillah.. Kedua-duanya selamat dan pengalaman ini akan sentiasa saya ingat.. Besarnya pengorbanan seorang ibu dan Maha Besar NYA KekuasaanMU Ya Allah..," kata penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang menimang cucu ketiga petang kelmarin (31 Mac 2017).

Untuk makluaman, isteri kepada Asyraf Khalid, Tya Arifin selamat melahirkan anak sulung iaitu seorang anak lelaki secara normal di Hospital Ampang Puteri, Ampang.

"Selamat datang ke dunia Arif. Kamu pasti akan melalui hidup yang menakjubkan. Terima kasih Tuhan atas keajaiban ini.

"Nama Arif diambil daripada nama bapa isteri saya, Arifin. Nama Jiwa pula diambil daripada nama arwah datuk saya.



"Apabila menyebut nama arwah datuk. Arwah sangat pemurah dan dia suka menggembirakan orang lain,” tulisnya di Instagram.

"Hari ini adalah satu permulaan kehidupan yang baru bagi kami sebagai keluarga. Doakan yang terbaik untuk kami. Terima kasih Allah kerana memberi saya keajaiban ini," tulis Asyraf pula.

Terdahulu, Tya yang juga seorang pelakon dari Indonesia telah mendirikan rumah tangga bersama Asyraf pada November 2015. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini baru sahaja menimang seorang cahaya mata.

Tahniah kami diucapkan dan semoga kelahiran bayi Ariff Jiwa menambahkan lagi kebahagiaan pasangan ini.














Sumber: Siti Nurhaliza IG & Asyraf Khalid IG
Foto: Siti Nurhaliza IG, Asyraf Khalid IG, Tya Arifin, @teezac & @carlsamsudin



         ________________________





No comments: