02 April 2017

DATO' SERI VIDA KEMBALI MENJANDA?



Khabar mengenai keruntuhan rumah tangga jutawan kosmetik, Dato' Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato' Seri Vida, 46, dengan Fairuz Ahmad Zainuddin, mula bertebaran sejak dua minggu lalu.

Ketika ditanya berhubung perkara ini, Dato' Seri Vida memilih untuk tidak mengulas lanjut serta membuat sebarang komen buat waktu ini mengenai berita dirinya dan suami sudah berpisah. Kata Dato' Seri Vida, ia atas beberapa alasan peribadi.

"Saya belum mahu membuat sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Sampai masa nanti, saya akan maklumkan kepada semua.

Klik untuk gambar besar




"Syukur kerana saya bahagia bersama anak-anak dan sayang-sayang (peminat) saya yang sentiasa berada di sisi," katanya ketika ditemui media pada festival jualan Mood Republik.

Vida atau nama sebenarnya Hasmizah Othman, 46, turut hadir pada acara berkenaan bersama anak-anaknya, tanpa kehadiran suami yang sebelum ini sentiasa di sisi.

Jelas Dato' Seri Vida lagi, beliau enggan terlalu memikir perkara itu dan kini sibuk memberikan tumpuan kepada perniagaan, termasuk perancangan memiliki saluran televisyen sendiri tidak lama lagi.



"Saya juga mahu menghasilkan lagu nyanyian saya untuk peminat tersayang. Selain itu, saya akan membuka sebuah kedai aksesori berlian di sebuah pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, bersebelahan butik jenama mewah," ujarnya yang bernikah kali ketiga dengan Fairuz pada Januari 2014.

Terdahulu sekitar bulan ogos 2016, Dato' Seri Vida pernah menafikan gosip pergolakan rumah tangganya dengan berkata yang mereka masih lagi suami isteri dan bahagia seperti dulu.

Jika benar sudah berpisah... kita doakan semoga Dato Seri Vida tabah dalam menghadapi semua ini.


Sumber: Berita Harian
Foto: Dato Seri Vida IG



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...