24 April 2017

DIKECAM BUKA TUDUNG: "SAYA ENGGAN HIDUP BERPURA-PURA LAGI" - TEGAS SARA ALI



Pelakon Sara Ali sebelum ini membuat pengakuan eksklusif dimana dirinya itu sudah membuka tudung menerusi facebook live.

Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali mengakui keputusan yang diambil untuk tidak bertudung kerana enggan menjadi hipokrit.

Jelas Sara dalam rakaman 23 minit 44 saat itu, tindakan bertudung dibuat bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah tetapi kerana sesuatu

Klik untuk gambar besar




Bagaimanapun, tindakan Sara yang membuka tudungnya hanya selepas sepuluh bulan menutup aurat mengundang pelbagai kritikan dan kecaman daripada netizen.

Agak teruk juga komen yang beliau terima sehingga ada yang menuduh beliau adalah sebahagian daripada ahli iluminati. Namun, Sara menegaskan beliau tidak mahu hidup dalam kepura-puraan dan menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.

"Saya enggan hidup berpura-pura lagi, sebab itu saya buat pendedahan sendiri. Macam yang saya cakap, saya nak jadi diri sendiri tanpa perlu berselindung.



"Saya terima dengan dada yang terbuka apabila teruk dihentam kerana tahu kesilapan itu datangnya dari diri saya sendiri.

"Apa yang penting, saya tidak menunggang agama untuk kepentingan diri. Isu pemakaian tudung dan buka tudung ini dilakukan atas kerelaan sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak," tegas Sara.

Pada masa yang sama, Sara berharap isu hangat ini akan segera berlalu kerana beliau tidak mahu mengenangkan lagi apa yang berlaku dan ingin terus memandang ke depan.






www.myartis.com / Sumber: Utusan




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...