Baru-baru ini, program komedi 'Sukan Tak Sentral' dikatakan telah mempersendakan nama bapa bekas pelari pecut negara, Watson Nyambek.
Watson Nyambek yang juga bekas pemegang rekod kebangsaan acara 100 meter, kecewa dan berang apabila stesen televisyen itu menyamakan bapanya yang meninggal dunia tiga tahun lalu dengan binatang.
Bagaimanapun, Syarikat penerbit rancangan tersebut dan juga pengacaranya, Ammar Titan dan Marsha Milan telah tampil memohon maaf kepada Watson Nyambek kerana mempersenda nama mendiang bapanya.
Klik untuk gambar besar
Menerusi laman Instagram Ammar, beliau dengan rendah diri memohon maaf secara peribadi kepada keluarga Watson.
"Merujuk kepada program Sukan Tak Sentral yang telah diulang tayang baharu-baharu ini, dengan rendah diri saya ingin memohon maaf secara peribadi kepada keluarga saudara Watson Nyambek kerana tanpa sedar telah mempersendakan nama baik ayah beliau.
"Saya amat menghormati atlet negara tersebut atas kejayaan yang telah mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.
"Saya juga amat berterima kasih dan menerima segala komen yang diberikan dan ianya akan dijadikan panduan untuk saya menjalankan tugasan saya di masa akan datang untuk menjaga sensitiviti masyarakat dan negara.
"Sekali lagi, saya memohon maaf kepada di atas kesilapan ini dan akan memastikan perkara ini tidak akan diulangi," katanya.
Begitu juga dengan Marsha yang turut memohon maaf menerusi laman Instagram miliknya.
"Assalamualaikum, dengan rasa rendah diri saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga atlet yang telah mengharumkan nama negara, saudara WATSON NYAMBEK dan semua yang terkesan dengan persembahan kami dalam program SUKAN TAK SENTRAL.
"Terima kasih diucapkan di atas komen - komen yang membina serta sokongan padu dari anda semua. Semoga kejadian ini dapat dijadikan panduan untuk kami agar lebih peka dengan sensiviti masyarakat sekeliling.
"Dengan itu, saya dan juga pihak produksi ingin memohon maaf sekali lagi dan amat menyesali dengan apa yang telah berlaku dan akan memastikan kesilapan ini tidak akan berulang lagi demi kesejahteraan semua," tulisnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Ekskutif Primeworks Studios Sdn Bhd, Ahmad Izham Omar dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya kesal dengan kejadian itu dan amat menghormati Watson, bapa dan keluarganya.
"Saya mewakili Primeworks Studios Sdn Bhd ('Primeworks Studios'), selaku Ketua Pegawai Eksekutif, syarikat penerbit rancangan Sukan tak Sentral bagi pihak TV3 dan TV9, dengan rendah diri ingin memohon maaf kepada saudara Watson Nyambek gara-gara mempersendakan nama baik ayah beliau.
"PWS telah memberi peringatan kepada semua kakitangan kami untuk sentiasa peka dan sensitf dalam setiap rancangan yang diterbitkan.
"Pihak kami juga akan membuat kajian semula terhadap kaedah kerja operasi kami bagi mengelakkan kejadian ini berulang kembali. Kejadian yang telah berlaku ini memberi pengajaran kepada kami untuk lebih peka dengan keadaan sekeliling.
"Kami amat menghormati saudara Watson, ayah dan keluarga beliau. Saudara Watson adalah seorang jaguh pecut negara serta atlit yang telah banyak berjasa mengharumkan nama negara.
"Dengan itu, kami sekali lagi dengan rendah diri ingin memohon maaf di atas kesilapan kami dan memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi," tutur Datuk Ahmad Izham Omar di laman Facebook.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Ammar Titan IG, Marsha Milan IG & Primeworks Studios FB
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment