07 April 2017

HARI INI - DATO' SERI VIDA & FAIRUZ SAH CERAI TALAK SATU



"Saya yakin ini adalah jalan yang terbaik bagi kami. Saya juga percaya, setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.

"Perasaan saya bercampur baur dan sukar untuk saya gambarkan, tetapi saya bersyukur semua sudah berakhir," demikian kata usahawan selebriti, Dato' Seri Vida apabila sah bercerai talak satu dengan suaminya, Fairuz Ahmad Zainuddin, hari ini.

Menurut pemilik nama sebenarnya Dato' Seri Dr Hasmiza Othman, mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Klik untuk gambar besar




Dato' Seri Vida, 46, memberitahu, perceraian itu dibuat secara baik selepas tiada kesepakatan untuk berbaik semula antara mereka.

Dalam masa sama, Dato' seri Vida berharap semua spekulasi mengenai perceraiannya akan berakhir dan mahu terus ke depan.

Khabar mengenai perkahwinan beliau dengan Fairuz, 39, kononnya sudah berakhir bertebaran sejak lebih dua minggu lalu.



Pengasas produk kecantikan Vida Beauty itu berkata, beliau ditemani seorang teman rapat dan pegawai peribadinya dalam prosiding perceraian itu.

Dato' seri Vida mengenakan pakaian serba hitam dan mengaku tidak memaklumkan kes perceraian itu kepada media kerana bimbang diserbu di mahkamah.

Untuk rekod, Dato' seri Vida berkahwin dengan Fairuz, yang juga perkahwinan ketiga wanita itu, pada Januari 2014.


Sumber: Berita Harian



         ________________________





No comments: