08 April 2017

SEBUTAN KES CERAI - ISTERI PERTAMA HADIR, ADI PUTRA 'HILANG' LAGI



Buat kali kedua kelibat pelakon Adi Putra tidak kelihatan dan hanya isteri pertamannya, Aida Yusof yang hadir di Mahkamah Rendah Syariah, pagi semalam bagi kes permohonan cerai.

Difahamkan, Aida atau nama penuhnya Zuhaidah Yusof sudah hadir di mahkamah kira-kira jam 8.30 pagi dan meninggalkan dewan mahkamah sekitar jam 9.15 pagi.

Klik untuk gambar besar




Wartawan yang hadir sempat untuk bertemu dengan Aida, tetapi wanita berusia 42 tahun itu enggan memberikan sebarang komen mengenai masalah rumah tangganya.

Pihak mahkamah juga tidak mahu mendedahkan perkembangan lanjut kes cerai tersebut.

Di mahkamah yang sama pada 31 Mac lalu, kes berkenaan sepatutnya di dengar di hadapan Hakim Syarie, Izzat Syazli Mushid namun Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 36, turut tidak muncul.



Adi yang berasal dari Singapura berkahwin dengan Aida pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Adi kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 33, yang merupakan janda anak satu, pada 20 Jun 2016.

Aida pula sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul (Handy Black).


Sumber: mStar



         ________________________





No comments: