27 April 2017

ISU ANUGERAH - AFDLIN SHAUKI LUAHKAN PENDAPAT



Semua pasti sedar bahawa kebanyakan anugerah-anugerah selalunya berdasarkan undian bukan? Malah, peminat tegar mereka sanggup habis ribuan ringgit untuk memastikan artis kesayangan mereka menang dan tentu sekali seseorang artis itu juga harus popular untuk meraih undian.

Isu ini mendapat perhatian pelakon Afdlin Shauki apabila beliau meluahkan pendapatnya mengenai anugerah menerusi laman Instagramnya.

Menurut Afdlin, masalah utama anugerah seperti ini bukan kerana ia anugerah syok sendiri tetapi anugerah tersebut boleh dimanipulasi undinya oleh sesetengah individu ataupun korporat-korporat yang mahu memanfaatkan peluang yang ada dengan menaikkan nama artis yang menjadi duta produk mereka.

Klik untuk gambar besar




Ia sekaligus turut menaikkan nama jenama mereka. Dalam erti kata lain, peminat sebenarnya tidak mempunyai hak seratus peratus untuk mengundi artis mereka.

Tidak dinafikan, kadang-kadang ada artis yang lebih berbakat dan layak untuk memenangi sesuatu anugerah tetapi sayangnya semua itu tidak dipandang oleh sesetengah pihak. Apa pula pendapat anda?






www.myartis.com / Sumber foto: Afdlin Shauki IG




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...