27 April 2017

DATO' SERI VIDA INGIN BERGELAR PENYANYI & 'SENSASI' SEPERTI PIKOTARO (PPAP)



Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida memberitahu hasratnya yang ingin menjadi penyanyi terkenal seperti penyanyi Jepun, Pikotaro yang viral dengan lagu PPAP (Pen Pineapple Apple Pen).

Malah, beliau kini sedang berusaha untuk mendapatkan penerbit serta penulis lirik untuk lagunya. Vida mahu jadi terkenal seperti penyanyi Jepun, Pikotaro yang viral dengan lagu Pen Pineapple Apple Pen.

Klik untuk gambar besar




"Saya mahu keluarkan satu lagu dulu, mungkin sesuatu yang menarik macam PPAP (Pen Pineapple Apple Pen) nyanyian Pikotaro.

"Saya belum berjumpa orang yang sesuai untuk membantu menjayakan niat saya sebagai penyanyi. Namun saya tidak akan putus asa," katanya.

Lagu PPAP yang penuh keunikan itu pernah menjadi perhatian dunia sekitar tahun lalu sehingga penyanyi antarabangsa, Justin Bieber juga pernah melabelkannya sebagai lagu yang paling digemarinya di Internet.



Bukan itu saja, lagu berdurasi 45 saat ini pernah berada di tangga 77 carta Billboard Hot 100 dan mencipta rekod dunia dalam Guinness World Record.

Siapa tahu mungkin hasrat Dato' Seri Vida untuk menjadi penyanyi sensasi dan viral seperti Pikotaro akan menjadi kenyataan? Agaknya-agaknya, apalah keunikan yang bakal dibawa oleh beliau ya?

Pasti ramai yang tidak sabar ingin menunggu lagu bagaimanakah Datuk Vida bakal persembahkan, seperti Pikotaro, pasti Dato' Seri Vida juga akan mencipta tarian unik tersendiri.




www.myartis.com / Sumber: MMO




         ________________________





No comments: