16 April 2017

ISU NIKAH MENGEJUT - FAYE KUSAIRI TAMPIL JELASKAN



Semua mengetahui bahawa pelakon Faye Kusairi telah bergelar isteri kepada pengarah, Azmi Hatta dengan sakali lafaz dalam satu pernikahan yang diadakan secara tertutup.

Tindakan Faye yang berdiam diri dan bernikah secara senyap bersama bekas suami Elly Mazlein itu membuatkan ramai peminat terkejut dan membuat pelbagai spekulasi mengenainya.

Bagaimanapun, Faye enggan memberikan sebarang komen mengenai majlis perkahwinannya yang dilangsungkan secara rahsia itu.

Klik untuk gambar besar




Terkini, Faye telah tampil mendedahkan bahawa pernikahannya dengan Azmi yang berlangsung secara mengejut minggu lalu sebenarnya dirancang untuk majlis pertunangan pada pe­ringkat awal.

Bagaimanapun, Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, berkata, keputusan untuk bertunang itu kemudian ditukar kepada majlis pernikahan pada saat-saat akhir.

"Sepatutnya kami bertunang dulu namun ia dijadikan majlis pernikahan selepas berbincang dengan ahli keluarga seminggu sebelum berlangsung.

"Atas sebab itu jugalah kad kahwin saya pun tidak mempunyai sampul. Segala-galanya dibuat pada saat-saat akhir yang banyak dibantu oleh ahli keluar­ga dan kawan-kawan juga,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di sini semalam.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo




         ________________________





No comments: