15 April 2017

BUSANA DI DFKL 2017 - JANNA NICK DAH JANGKA AKAN DIKRITIK



"Saya dah boleh agak pakaian itu pasti mendapat kritikan walaupun sebenarnya baju itu tidaklah seseksi seperti ditonton di televisyen.

"Kalau diikutkan, saya perlu pakai baju tersebut bersama jaket, namun atas sebab masalah teknikal, jaket itu tak dapat dipadankan bersama," kata pelakon dan penyanyi, Janna Nick, 22, berhubung isu busana yang digayakannya pada anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL).

Janna yang mengayakannya busana tersebut pada majlis DFKL yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 9 April lalu itu telah menerima kritikan.

Klik untuk gambar besar




Ini kerana busana hasil rekaan Nizam Zamil itu memilih warna kain seakan-akan kulit badan yang membuatkan ia kelihatan seperti terdedah walaupun hakikatnya tidak begitu.

Dalam pada itu, Janna berkata, dia bersikap terbuka terhadap kritikan diterimanya daripada peminat yang menegurnya di Instagram selepas dia memuatnaik gambarnya berpakaian busana itu.

Walaupun teruk dikritik, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner bagaimanapun enggan memadam gambar itu demi menghargai hasil kerja pereka fesyen berkenaan.



"Lebih mengejutkan, foto saya mengayakan baju itu turut mendapat ratusan komen di laman Instagram tetapi saya menerima semua kritikan dengan hati terbuka.

"Malah, saya juga mengambil keputusan untuk tidak memadam gambar tersebut demi menghargai hasil kerja pereka baju itu," ujarnya.

Mengulas lanjut mengenai kritikan netizen di laman sosial, kata Janna, dia sedar sebagai orang dikenali semua tindak-tanduknya akan menjadi perhatian ramai.

Malah dia tidak menyalahkan pereka fesyen berkenaan termasuk sesetengah pihak yang mengkritiknya.

"Saya mengakui kesilapan ini. Saya anggap kritikan dan nasihat itu tanda mereka sayangkan Janna Nick.

"Saya mohon maaf diatas kesilapan ini dan berjanji tak akan mengulanginya lagi. Kalau ada benda yang kurang menyenangkan, harap peminat dapat beri teguran ikhlas.

"Saya masih dalam proses pembelajaran dan selepas ini saya akan lebih peka tentang penampilan di hadapan khalayak ramai," kata pelakon utama drama 'Dia' yang bakal bersiaran di TV3 tak lama lagi.


www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: