15 April 2017

5 GAMBAR - WAJAH 'MUHAMAD HEIDY NUFAEL', ANAK HAZIQ HOT FM



Setelah genap usia tujuh hari semalam, penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni, 27, dan isterinya, Ayunda Putri Mekarsari telah mendedahkan wajah serta nama anak sulung mereka.

Kata Haziq, beliau memilih nama 'Muhamad Heidy Nufael' untuk anak lelakinya selepas berbincang dengan isteri.

Haziq turut berkongsi pemilihan nama indah terbabit bersama pengikutnya di laman sosial Instagram beliau.

"Pemilihan nama anak sulung itu dibuat atas perbincangan bersama-sama dengan isteri. Malah, saya juga berjanji untuk berkongsi nama anak sulung kami bersama pengikut Instagram saya selepas tujuh hari usianya.

Klik untuk gambar besar




"Kami berdua bersetuju untuk menamakan anak kami Heidy Nufael kerana nama datuk saya juga bermula dengan huruf H, iaitu Hassan. Oleh itu, saya berhasrat untuk meneruskan simbolik huruf H bagi anak saya. Muhamad Heidy Nufael.

"Diharap anak lelaki kami membesar mengikut kebaikan di sebalik maksud nama yang dipilih. Kami turut mempertimbangkan beberapa nama lain, namun akhirnya mencapai kata sepakat memilih nama Muhamad Heidy Nufael," kata.

Haziq mendirikan rumah tangga bersama Putri yang juga wanita kelahiran Medan, Indonesia, pada 15 Julai tahun lalu.

Selain itu, pengacara program Nasi Lemak Kopi O (NLKO) itu juga berazam mahu memberikan lebih tumpuan kepada isteri dan anaknya biarpun jadual hariannya sarat dengan pelbagai komitmen.










www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: