15 April 2017

RUMAH TANGGA SERINA: "ANAK SAYA KERJA TERUK SANA-SINI CARI REZEKI" - CHEF WAN



"Anak perempuan saya sedang memfailkan perceraian dan dia akan melalui beberapa prosiding untuk memperjuangkan hak dan keadilan," demikian kata Chef Wan, 59, mengenai rumah tangga anak perempuannya, Serina Redzuawan.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Chef Wan yang turut sedih dengan pergolakan rumah tangga yang menimpa anaknya menerusi laman Instagramnya.

Menurut Chef Wan, perkahwinan anaknya retak berikutan sikap Gavin yang dikatakan tidak menjalankan tanggungjawab sepatutnya sebagai suami.

Klik untuk gambar besar




Malah, bagi menyelamatkan rumah tangga Serina, beliau turut menghulurkan nasihat mengenai pentingnya tanggungjawab memberi nafkah perbelanjaan setiap bulan kepada isteri.

"Berat mata memandang, berat lagi bahu Serina yang memikul sepanjang enam setengah tahun menjalani perkahwinan yang tidak bahagia”

"Dalam mana-mana perkahwinan sekalipun, seorang isteri perlu dimanjakan suami, tetapi sayangnya anak saya bekerja teruk ke sana-sini mencari rezeki dan sebagai seorang ayah, sudah semestinya saya sedih.



"Bekas isteri saya pun menerima RM3,000 sebulan bagi perbelanjaan harian dan saya membelikannya sebuah apartment.

"Cukuplah. Jika tidak mahu mendengar nasihat bapa mentua, saya rasa, sampai sini sahajalah. Saya percaya, Serina layak mendapat kehidupan yang lebih baik," jelasnya.

Sebelum ini pelbagai spekulasi mengenai masalah rumah tangga anak chef selebriti itu termasuk tindakan Serina yang hadir ke mahkamah syariah untuk proses bercerai. Bagaimanapun Serina enggan memberikan sebarang komen mengenainya namun Chef Wan semalam membuat keputusan untuk mendedahkan segalanya bagi menghentikan kontroversi.






www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: