05 April 2017

ISU PERSENDA PM: SENIMAN TUNTUT TV SINGAPURA MOHON MAAF



"Seniman mendesak penerbit rancangan OK Chope! meminta maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia di atas keceluparan ini.

"Jika tidak, kami akan mengetuai usaha untuk mengharamkan artis-artis biadab berkenaan daripada terus berkarya di Malaysia.

"Seniman juga akan mengambil beberapa langkah lain jika permohonan maaf secara bertulis dan rakaman tidak dilakukan," kata Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia, Hafiz Nafiah berhubung isu mempersendakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Klik untuk gambar besar




Tindakan stesen televisyen Singapura menyiarkan rancangan yang dikatakan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu telah mengundang kemarahan rakyat negara ini.

Sehubungan itu, Hafiz menuntut permohonan maaf daripada stesen Mediacorp 5 milik Temasek Holdings berikutan penyiaran rancangan hiburan OK Chope! di negara itu.

Kenyataan itu merujuk kepada tindakan beberapa selebriti Singapura termasuk pengacara terkenal, Najip Ali yang dengan sengaja menjadikan Najib sebagai bahan jenaka ketika muncul dalam episod ke-26 rancangan hiburan tersebut.



Menerusi rancangan itu, pesertanya diminta melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu "Najib slams... for treating Malaysia progress". Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah 'fake news'.

Najip Ali yang pernah menjadi hos rancangan Asia Bagus kini menjadi juri Maharaja Lawak Mega terbitan Astro.

Tambah Hafiz, tindakan mempersendakan pemimpin sesebuah negara asing juga dianggap keterlaluan yang boleh menjejaskan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura.

Jelas beliau, Seniman akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada Jumaat ini berhubung isu berkenaan.




ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON



Sumber: mStar



         ________________________





No comments: