05 April 2017

"LATIH DIRI SETIAP JUMAAT, SEBELUM BERHIJAB PENUH" - IFA RAZIAH



Artis serba boleh, Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 41, mengakui bahawa dirinya itu sudah mengenakan hijab setiap hari Jumaat sejak empat bulan lalu. Kata Ifa, ia merupakan salah satu cara dia melatih diri sebelum berhijab penuh.

"Ramai orang tak tahu sebenarnya sebelum orang nampak saya berhijab di salah satu majlis di Kelantan tempoh lalu, saya dah mula berhijab sejak empat bulan lalu. Namun saya hanya bertudung setiap hari Jumaat selama ini.

"Ia merupakan salah satu cara saya untuk muhasabah diri selain mahu membiasakan diri ke arah berhijab," katanya ketika ditemui media selepas pelancaran Jelajah Muzik Safi Balqis bersama Sony Music Malaysia Sdn Bhd di Menara KL.

Klik untuk gambar besar




Terdahulu Ifa yang dilaporkan kelihatan tampil berhijab di satu acara di Kelantan akui selesa berhijab. Pun begitu penyanyi lagu 'Ser Ser Ser' itu memberitahu hatinya kini masih belum sepenuhnya mahu berhijab tetapi tidak menolak akan ke arah itu dalam masa terdekat jika seru dari Maha Esa tiba.

"Saya akui bila berhijab hati saya akan sejuk dan rasa bahagia namun saya tak mahu terburu-buru dan biarlah saya benar-benar bersedia dahulu.

"Lagipun, apabila kita pakai tudung, kita bertanggungjawab dengan keputusan yang kita buat. Saya tidak mahu buka tudung lagi selepas buat keputusan berhijrah nanti.

"Doakan supaya hati saya terus tetap untuk bertudung apabila sampai masanya nanti," ujarnya yang turut memberitahu dia tidak akan meninggalkan karier seninya meskipun sudah berhijab kelak.
















Sumber: Astro Gempak
Foto: Ifa Raziah IG



         ________________________





No comments: