"Saya tiada komen hal ini. Tak ada apa yang nak saya diperkatakan dan orang di luar sana takkan faham," demikian kata pelakon Sara Ali ketika menegani dirinya yang dikatakan kembali ke imej asal apabila sekeping gambarnya tidak mengenakan tudung tersebar, baru-baru ini.
Sekitar tahun lalu, kita dikhabarkan dengan berita baik dimana pelakon filem 'Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng' ini mengakui sudah berhijab sepenuhnya tanpa paksaan mana-mana pihak dan bersyukur kerana diberi hidayah oleh Allah SWT untuk menutup aurat.
Klik untuk gambar besar
Namum terkini, adakah mungkin Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali bakal mengikuti jejak langkah pelakon Uqasha Senrose yang membuka tudungnya, selepas gambar Sara tidak bertudung viral di internet selepas dimuatnaik oleh seorang lelaki menerusi akaun Instagramnya.
Dalam pada itu, Sara menerusi laman Instagram telah berkongsi sekeping gambar yang memperlihatkan seorang wanita tidak bertudung berada di meja makan, yang kelihatan seakan-akan dirinya.
Khabarnya, gambar itu diambil ketika beliau bercuti di Shanghai, China baru-baru ini.
Erm, sekarang ini pelbagai persoalan yang bermain di minda peminat dan netizen. Harapnya Sara satu hari nanti dapat tampil menjelaskan perkara sebenar agar tiada spekulasi liar yang tercetus. Wallahualam..
Sumber: Berita Harian
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment