11 April 2017

LUAR NEGARA - JANET JACKSON & SUAMI BERPISAH SELEPAS 5 TAHUN KAHWIN



Bintang Pop terkenal Janet Jackson, 50, dilaporkan sudah berpisah dengan suaminya yang juga seorang jutawan Qatar, Wissam Al Mana, 41, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan The Mail, pemenang Grammy itu merancang untuk terus tinggal di London bersama anaknya lelakinya, Eissa yang kini berusia tiga bulan.

Bagaimanapun, sumber terdekat pasangan itu mendedahkan mereka masih berhubung rapat kerana anak.

Klik untuk gambar besar




"Kedua-dua mereka sibuk tetapi mereka berazam untuk menjadi ibu bapa yang baik, walaupun sudah berpisah. Keputusan Eissa tinggal dengan ibunya adalah keputusan yang terbaik," kata sumber.

Punca perpisahan mereka didakwa ekoran sikap acuh tak acuh Wissam terhadap ibu Janet, Trent Lamar Jackson.

Janet sebelum ini jarang muncul di media antarabangsa selepas mengumumkan kehamilannya sekali gus menangguhkan siri konsert jelajah Unbreakable.



Janet berkahwin dengan Wissam pada tahun 2012 dalam sebuah majlis tertutup di satu lokasi yang dirahsia.

Ketika itu timbul juga spekulasi, jutawan Qatar itu membelanjakan kira-kira RM3,000,000,000 (nilai ketika tahun 2012) untuk majlis tersebut.

Pasangan ini menimang cahaya mata sulung, Eissa Al Manayang dilahirkan 3 Januari lalu.

Wissam merupakan suami ketiga Janet. Sebelum ini penyanyi yang popular dengan lagu 'When I Think of You' itu pernah berkahwin dengan penyanyi James DeBarge pada tahun 1984. Selepas perceraian kali pertama, dia kemudian berkahwin dengan penari, Rene Elizondo (1991-2000).

Terdahulu, Janet didakwa memeluk Islam selepas gambar yang menunjukkan penampilannya menutup kepalanya tersebar di internet sekitar beberapa bulan lalu.



         ________________________





No comments: