"Alhamdulillah, dia sudah dibenarkan pulang empat hari lalu selepas lapan hari berada di hospital kerana jangkitan kencing tikus.
"Tapi keadaan dia masih lemah dan hilang semangat, nasib baik keluarga kami dekat dan ibu banyak membantu menjaga isteri dan anak saya," kata pelakon Shukri Yahaya mengenai keadaan terkini isterinya, Tya Adnan.
Sebelum ini, isteri Shukri dimasukan ke sebuah pusat perubatan selepas dijangkiti virus leptospirosis atau kencing tikus pada 28 Mac lalu.
Klik untuk gambar besar
Shukri berkahwin dengan Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan, 25, pada 20 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaira Ameena yang kini berusia tujuh bulan.
Dalam pada itu, Shukri berkata, ia merupakan kali pertama dia berhadapan situsi cemas dan bimbang dengan keadaan tersebut sepanjang lapan hari isterinya ditahan.
"Pada awalnya dia mengalami demam selama 10 hari dan kami sudah pergi empat buah klinik tapi tetap tidak baik, jadi saya bawa dia ke hospital pula.
"Selepas itu doktor mengesahkan dia terkena jangkitan kencing tikus. Perasaan saya cukup bimbang kerana penyakit itu bahaya dan boleh membawa maut," ujarnya.
Sementara itu, ditanya tentang punca jangkitan, pelakon drama '7 Hari Mencintaiku' ini berkata, dia kurang pasti bagaimana ia boleh berlaku.
"Saya tidak tahu punca daripada mana (jangkitan) kerana Tya jarang keluar rumah, kami selalu makan di gerai-gerai tapi yang pelik kenapa pula dia seorang sahaja yang terkena kerana saya juga makan apa yang dia makan," jelasnya.
Sumber: mStar
Foto: Shukri Yahaya IG & Tya Adnan IG
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment