07 April 2017

MLM 2017: HARITH TOLAK GANTI TEMPAT - STATUS NAJIP DITENTUKAN MALAM INI



"Sebenarnya memang saya dijemput mengambil tempat Najip Ali. Tapi saya tak dapat terima tawaran itu sebab memang jadual saya untuk Jumaat ini dan seterusnya sudah penuh," kata pelawak terkenal, Harith Iskandar.

Kekosongan kerusi salah seorang juri tetap MLM 2017 terus menjadi tanda tanya apabila Harith menolak tawaran bagi mengisi kedudukan berkenaan.

Menurut juara pertandingan Funniest Person in the World itu, dia menerima tawaran daripada stesen penyiaran Astro bagi menggantikan kedudukan pengacara dan pelawak terkenal Singapura, Najip Ali.

Klik untuk gambar besar




Harith yang kini berada di luar negara mengulas mengenai kedudukan Najip yang terpalit kontroversi akibat keceluparannya mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah rancangan hiburan terbitan saluran televisyen Singapura.

Pada 29 Mac lalu, saluran televisyen Channel 5 terbitan Mediacorp Singapura menyiarkan racangan hiburan OK Chope yang memerlukan pesertanya melengkapkan tajuk berita berkaitan Najib yang dikurangkan satu perkataan iaitu Najib slams__________for threatening Malaysia's progress.

Perkataan asal yang tertinggal pada berita itu ialah 'fake news'.



Sehingga kini pengganti Najip sebagai juri tetap MLM 2017 disamping Datuk Rosyam Nor dan Luna Maya masih menimbulkan tanda tanya apabila wakil Astro turut mengunci mulut mengenainya.

"Kami memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak boleh mengulas lanjut sekarang. Untuk sebarang makluman, saya minta orang ramai menantikan segala kemungkinan (apa akan berlaku) menerusi siaran secara langsung program Maharaja Lawak Mega malam esok (hari ini)," ujarnya.

Spekulasi status Najip sebagai pengkritik program komedi popu­lar terbitan Astro akan terjawab malam ini. Sama-sama kita nantikan.


Sumber: mStar & Kosmo



         ________________________





No comments: