07 April 2017

YUNA KAHWINI ADAM SINCLAIR 1 OGOS 2018?



Penyanyi Malaysia yang kini mencipta nama di Hollywood, Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai dilaporkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan Adam Sinclair pada 1 Ogos 2018.

Bukan itu sahaja, Yuna juga turut dikhabarkan akan mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya yang juga adik kepada pelakon terkenal, Ashraf Sinclair sekitar Oktober depan.

Namun sehingga kini, Yuna ataupun pihak pengurusannya masih belum memberikan sebarang respon berhubung berita perkahwinan ini.

Klik untuk gambar besar




Terdahulu, Yuna dan Adam dikatakan sudah bertunang gara-gara dilihat berpakaian sedondon. Bagaimanapun, Yuna menerusi pengurusnya mengeluarkan kenyataan, menafikan perkara tersebut.

Malah katanya lagi, Yuna tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini.

Dalam pada itu, Yuna dalam satu kenyataan mengakui sedang mengenali hati budi Adam dan beliau juga pernah memuatnaik status di Instagram dengan kata-kata romantis ditujukan buat lelaki tersebut. Ramai mempercayai pasangan ini sedang hangat bercinta.

Jika berita ini benar, kami harap Yuna dan Adam akan berbahagia bersama dan semoga perancangan mereka untuk ke jinjang pelamin berjalan lancar. Lagipun mereka berdua sudah lima tahun berkawan.






Sumber: Utusan



         ________________________





No comments: