17 April 2017

RITA RUDAINI: "BUKAN ANTI-POLIGAMI, CUMA TAK SUKA JADI PERAMPAS"



Dek kerana kisah kontroversi bermain cinta dengan suami orang iaitu Aqasha, ramai yang mempertikaikan prinsip pelakon Rita Rudaini yang dulunya benci benar dengan perampas suami orang.

Bagaimanapaun, Rita telah tampil menjelaskan persoalan tersebut apabila menafikan yang beliau anti-poligami ataupun dalam erti kata lain beliau sebenarnya tidak kisah untuk hidup bermadu.

"Saya tidak pernah cakap anti-poligami, tidak pernah. Cuma saya tidak suka kepada perampas rumah tangga orang.

Klik untuk gambar besar




"Sesiapa pun tidak suka, kalau ada perempuan datang dan ambil suami kita, disuruhnya ceraikan isteri pertama, itu sudah salah”

"Sedangkan dalam agama sendiri juga dibolehkan berpoligami dengan syarat-syarat dan kepatuhan-kepatuhan yang tertentu, kenapa pandang keji.

"Saya sendiri tidak pernah pun mengeji wanita yang berstatus isteri kedua atau ketiga. Tidak pernah. Sedangkan adalah lebih baik bernikah berbanding buat hal tak betul ke hulu ke hilir," jelas Rita.

Bukan itu sahaja, malah ada juga mulut lain mengatakan Rita dan Aqasha sudah bernikah di Siam secara diam. Menyedari gosip tersebut dek kerana dulunya beliau pernah bernikah di sana, Rita merasakan ianya tidak adil.



Malah katanya, tiada sebab masyarakat memandang hina dengan tindakan tersebut kerana apa yang penting adalah bernikah.

"Saya sendiri tidak tahu macam mana isu itu berbangkit. Kalau kerana sebelum ini saya pernah berkahwin di sana dan mereka terus kaitkan, itu tidak adil.

"Kahwin di mana sekalipun tidak salah selagi ikut hukum hakam agama. Saya hairan mengapa masyarakat suka memandang hina perkahwinan di Siam,” jelasnya kepada Projek MMO mengenai kontroversinya itu.

Apa-apapun, setiap orang mempunyai pandangan berbeza mengenai isu poligami. Adakah ini bermaksud lelaki-lelaki diluar sana yang sudah bergelar suami orang ada peluang untuk menawan hati Rita dan hidup bermadu? Heh!




www.myartis.com / Sumber: MMO




         ________________________





No comments: