30 April 2017

SUFIAN SUHAIMI AKUI ELFIRA LOY TEMPAT LUAH PERASAAN & MASALAH



Pelakon Elfira Loy sebelum ini memberitahu bahawa beliau dan penyanyi Sufian Suhaimi hanya sekadar teman biasa dan hubungan mereka tidaklah serapat mana.

Bagaimanapun, bagi Sufian pula, Elfira antara wanita yang paling rapat dalam hidupnya sekarang dan tidak menafikan kontroversi cinta antara mereka sedikit sebanyak merapatkan lagi hubungan persahabatan mereka.

Malah hubungan baik Sufian dengan ibu Elfira juga seolah merestui persahabatan itu.

Klik untuk gambar besar




"Elfira adalah pendengar yang baik. Pengalaman dalam industri seni banyak membantu saya menyusun langkah. Elfira banyak memberikan tunjuk ajar mengenai apa yang perlu dilakukan atau sebaliknya.

"Dia juga tempat saya meluahkan perasaan dan masalah. Keluarga saya dan Elfira tahu mengenai persahabatan kami. Hubungan saya dengan ibunya juga baik.

"Tetapi rasanya terlalu awal untuk berbicara lebih jauh mengenai hubungan kami. Saya tidak melihat keakraban kami sebagai sesuatu yang serius.



"Lagipun kami tidak berbuat apa-apa salah. Memang gosip ada baik dan buruknya, jadi kami perlu matang untuk menjadikannya posiitf," jelas Sufian.

Memahami sebagai insan seni, gosip cinta merupakan lumrah namun bagi Sufian, beliau juga masih cuba membiasakan diri menghadapi kontroversi cinta bersama selebriti terkenal seperti Elfira.

Bagaimanapun Sufian tidak ingin berbicara perkara yang tak pasti dan lebih selesa membiarkan perasaan itu mengalir dengan sendirinya.










www.myartis.com / Sumber: BH Plus




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...