03 April 2017

YANG SE CHAN & JEON SO MIN, AHLI BARU RUNNING MAN



Nampaknya rancangan popular Korea, Running Man bakal menyaksikan dua wajah ahli baru apabila perkara ini disahkan oleh seorang wakil dari SBS secara rasmi.

Difahamkan, dua ahli baru yang dimaksudkan itu ialah pelawak Yang Se Chan dan pelakon Jeon So Min. Pemilihan mereka berdasarkan rating yang agak memberangsangkan ataupun mendadak ketika mereka menjadi tetamu.

Klik untuk gambar besar




Running Man bakal memulakan pengambaraan bersama ahli baru tersebut bermula 7 April ini.

Kini, Running Man mempunyai lapan orang ahli secara keseluruhan termasuk ahli-ahli yang sedia ada, Yoo Jae Suk, Song Ji Hyo, HaHa (Ha Dong Hoon), Lee Kwang Soo, Ji Seok Jin dan Kim Jong Kook.

Dengan pembaharuan ini, Running Man berharap rancangan mereka itu akan terus mendapat sambutan yang baik dan mereka juga akan cuba untuk menukar format rancangan agar ia lebih menarik.


Sumber: Koreaboo



         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...