03 April 2017

ISU PERGI BILIK AISHAH JAM 3 PAGI: JOHAN AS'ARI MENGAKU SALAH, MOHON MAAF



Tidak mahu isu ini terus dikecam masyarakat, pelakon Johan As'ari yang sebelum ini pernah menafikan telah tampil mengakui kesilapannya iaitu pergi ke bilik Aishah Bujang pada jam 3 pagi di sebuah hotel di Singapura.

"Saya memang berhajat nak berkawan dengannya. Tapi tak sangka pula keadaan lain berlaku apabila ada memandang serong pada Aishah pula gara-gara tersebar gosip ini.

"Dalam hal ini saya yang patut dipersalahkan. Saya tidak patut pergi berborak dengan Aishah pada awal pagi itu dalam keadaan yang mencurigakan," akui Johan.





Pada masa yang sama, Johan juga memohon maaf secara terbuka kepada Aishah atas apa yang berlaku kerana yakin isu ini sedikit sebanyak sudah mencalarkan maruah wanita itu.

"Saya memohon kemaafan secara terbuka buat Aishah dalam hal ini jika gosip sebegitu menyebabkan dia tidak selesa.

"Saya perlu menjaga air muka dia. Sebagai wanita saya yakin pasti maruahnya tercalar apabila cerita sebegini muncul," katanya yang juga bersedia untuk bertemu empat mata dengan Aishah sekiranya masalah ini terus berlanjutan kelak.



Terdahulu, bintang Akademi Fantasia musim 7 (AF7) ini mengakui bahawa pelakon tersebut ada datang dan masuk ke biliknya pada pukul 3 pagi di sebuah hotel di Singapura pada bulan lalu.

Dakwa Aisyah, tujuan pelakon drama dan filem 'Juvana' itu hadir ke biliknya adalah sekadar mahu berborak dengannya. Aishah juga memberitahu bahawa mereka berdua ada bertukar-tukar nombor telefon.

Wanita berusia 26 tahun itu juga mengatakan Johan datang dengan ditemani oleh beberapa orang rakan lain.

Apa-apapun, sekurang-kurangnya Johan sudah mengakui kesilapan beliau dan turut memohon maaf kepada Aishah. Harapnya, selepas ini Johan lebih berhati-hati agar tidak menimbulkan sebarang rasa curiga dan fitnah lagi.


Sumber: Utusan



         ________________________





No comments: