03 April 2017

7 GAMBAR - BERAMBUT PENDEK, ANAK-ANAK LAN KRISTAL RASA JANGGAL



"Ambil masa sebulan sebelum membuat keputusan," demikian kata vokalis kumpulan Kristal, Lann yang kini tampil dengan imej baru iaitu berambut pendek.

Menurut Lan, dia yang sebelum ini selesa berambut panjang sejak 2001 bagaimanapun, mengambil keputusan untuk memotong pendek rambutnya pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun kata Lan, anak-anak itu berasa janggal apabila melihat ayah mereka berimej begitu kerana sudah terbiasa melihat rambut panjang.

Klik untuk gambar besar




"Ini adalah gaya potong paling pendek yang saya lakukan sejak tahun 2001 dan dilakukan atas kehendak saya sendiri.

"Apa yang menarik bila saya berambut pendek ialah anak-anak yang mula rasa janggal kerana sebelum ini sudah terbiasa melihat ayahnya berambut panjang," ujar Lan.

Bagi Lan, berimej rock tidak semestinya memerlukan seseorang itu tampil dengan rambut panjang apatah lagi sudah ramai artis rock yang berambut kemas sekarang.



"Saya potong rambut bukan kerana ada niat tertentu dan sebagainya. Saya cuma ubah angin sedikit seperti waktu kemunculan awal Kristal.

"Waktu itu, kami semua berambut pendek. Jadi, rambut pendek ini ibarat permulaan diri saya seperti mana Kristal memasuki industri seni," jelasnya.

Dalam pada itu, Lan juga sedang dalam proses untuk tampil dengan lagu solonya dan juga sebuah album kompilasi bersama Kristal.










Sumber: Utusan
Foto: Lan Kristal IG, @taufikindroscreation & Astro Gempak IG



         ________________________





No comments: