02 May 2017

41 FOTO - SEKITAR MAJLIS PERNIKAHAN HAFIZ HAMIDUN & JOY REVFA



Tahniah ducapkan buat penyanyi Hafiz Hamidun, 33, yang telah selamat bergelar suami kepada usahawan kosmetik, Joy Revfa Sofia atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, dengan sekali lafaz pada jam 3.20 petang semalam.

Majlis yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah itu menyaksikan pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Ustaz Firdaus Subhi.





Pada majlis tersebut, Joy telah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, manakala nilai wang hantaran pula dirahsiakan.

Pasangan berkenaan tampil menawan dalam persalinan berwarna putih tajaan Cosry, pada majlis yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat masing-masing.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 22 Mac lalu selepas perkenalan selama 44 hari.

Klik untuk gambar besar


Kata Hafiz, hatinya terpaut pada ibu tunggal itu selepas melihat wanita berkenaan menolak kereta sorong anaknya, Arryan Firdaus, sambil mengusung barangan.

Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, yang juga seorang usahawan itu merancang untuk membawa isterinya menunaikan umrah pada Ramadan ini, selain berbulan madu ke beberapa negara selepas menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
















































































www.myartis.com / Sumber: Berita Harian




         ________________________





No comments: