13 May 2017

7 GAMBAR - ABBY ABADI BERSALIN ANAK KE-4 NOVEMBER DEPAN



"Saya minta pada ALLAH, seorang lagi sebelum umur 40 dan Alhamdullillah ALLAH izinkan. Mohon doa kalian semoga zuriat yang dikurniakan ini selamat & sihat sempurna hingga dilahirkan ye.

"PS: Awal hari tu, naluri saya rasa girl.... Suami pun excited kata girl juga. Tapi sejak kebelakangan ni, Saya dah confuse hihi.. Takpe pun, boy ke girl, saya terima dengan hati yang gembira tak terkata. Aminnn!!

"Tak dilupakan juga, pada sahabat-sahabat kesayangan yang masih berharap untuk berbaby, teruskan berdoa + berusaha.





"Gandakan sedekah pun baik juga, kerana doa & sedekah kan InshaALLAH mampu ubah takdir... yakin dengan janjiNYA. Yer saya harap sangat, semoga sahabat-sahabat saya disini merasa ber'baby' juga. Biar mereka tahu 'fasa mabuk tu macamana huhu," ujar Abby Abadi di laman IGnya.

Difahamkan, usia kandungan isteri kepada Jai Ezzany ini sudah masuk 3 bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata sulung mereka pada 21 November depan.

Untuk rekod, Abby dan Jai selamat bergelar suami isteri pada 14 Ogos lalu.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber & foto: Jai Ezzany IG & Abby Abadi IG




         ________________________





No comments: