13 May 2017

"KENAPA SAYA, SAMANLAH PIHAK PENGANJUR" - FASHA SANDHA BAKAL AMBIL TINDAKAN



Semua sedia maklum mengenai pelakon Nora Danish yang menfailkan saman terhadap Fasha Sandha selepas merasakan tuduhan yang dibuat aktres tersebut ke atas dirinya tidak berasas.

Nora dalam sidang akhbar yang sama itu turut memberitahu, beliau juga akan mengambil tindakan yang sama ke atas seorang penulis blog hiburan terkenal kerana menuduhnya menghalau pelakon tersebut daripada acara tersebut.

Bagaimanapun, Fasha yang kini sedang meluangkan masa dengan bercuti bersama dua orang anaknya itu sempat memuatnaik kenyataan balas berkenaan tindakan Nora yang telah pun memfailkan saman fitnah terhadapnya.





"Seronoknya bercuti dengan keluarga. Oh ya, dalam pada bercuti saya masih tau apa yang berlaku di negara Malaysia. Thank You Mr K @khamarulkr dan kelab peminat @wlfs4eva dan management team kerana update saya dari semasa ke semasa.

"Oh, Nak saman saya? Kenapa nak saman saya? Kenapa tak saman pihak PIHAK PENGANJUR pertunjukan JENAMA awak itu, yang telah menyebarkan perkara itu Pada malam tersebut dan memberitahu bahawa awak MENGHALANG kedatangan saya dan akan TARIK DIRI jika saya hadir.

"Jangan lupa saya ramai saksi di tempat kejadian. Permainan halus apakah itu? Tunggu apa pula tindakan yang saya akan ambil terhadap perkara ini. #taktakutpun #tungguangahbalikbercuti #burungpsycho #jomkitatengokkangaroo," jelas Fasha di IGnya.

Sehingga kini, tidak pasti lagi apa tindakan susulan yang akan diambil oleh Fasha. Apa yang pasti, sama ada peminat Fasha mahu pun Nora, mereka pastinya ingin mengetahui perkara sebenar yang terjadi dan semoga kejadian ini mampu diselesaikan dengan cara baik.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Fasha Sandha IG




         ________________________





No comments: