13 May 2017

BANYAK PALSU - SYAMSUL YUSOF BUKA AKAUN IG RASMI 'SYAIKHUL ISLAM'



"Sebenarnya niat ayah tak mahu buka IG untuk anak tapi terpaksa juga sebab banyak fake account yang muncul. So demi Syaikhul Islam ayah buatkan yang official @syaikhulislam2017.

"Mudah-mudahan iG ini dipenuhi dgn perkongsian kebaikan & dirahmati," kata pelakon dan pengarah filem, Syamsul Yusof yang telah membuka akaun rasmi Instagram (IG) untuk anaknya, Syaikhul Islam.





Perkara tersebut dimaklumkan oleh Syamsul menerusi laman Instagram miliknya selain turut memuatnaik gambar terkini anaknya.

Muatnaik terbaru itu telah dihujani dengan komen yang memuji kecomelan Syaikhul.

Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang berkahwin pada 8 Mac 2014 telah menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 19 April lalu.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber: Syamsul Yusof IG




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...