14 May 2017

12 GAMBAR - SUASANA MAJLIS AQIQAH NUR AISHA, ANAK KEDUA ERIN MALEK



Pelakon Erin Malek dan suaminya, Farriz Fauzy semalam telah mengadakan majlis aqiqah buat anak kedua mereka yang bernama Nur Aisha.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu telah dihadiri ahli keluarga, saudara terdekat, dan teman rapat pasangan ini.

Suasana majlis bertambah berseri-seri apabila terhias dengan tema floral dan juga busana warna ungu yang digayakan pasangan ini.





Terdahulu, pasangan ini telah selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada 10 Februari lalu. Sebelum Aisha, Erin dan suaminya telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mohamed Faliq yang akan genap dua tahun pada 1 Oktober depan.

Perkongsian gambar sekitar majlis tersebut di laman Instagram Erin dan suami itu mendapat perhatian peminatnya dan juga warga laman sosial yang lain.

Kekal dengan sikap low profile, pastinya peminat sentiasa ternantikan perkembangan terbaru dari pasangan ini. Apa pun, pastinya kehadiran cahaya mata kedua ini bakal memeriahkan suasana sambutan hari raya yang bakal disambut tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar























www.myartis.com / Foto: Erin Malek IG & Farriz Fauzy IG




         ________________________





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...