08 May 2017

ANAK GENAP SETAHUN - LUAHAN SYAIFUL ZERO BUAT RAMAI TERSENTUH



Anak sulung kepada pelawak Syaiful Zero dan Asyura Rudy iaitu Mohammad Sharif Isyraq baru-baru telah genap setahun usianya.

Sempena hari kelahiran yang pertama anaknya itu, Syaiful atau nama sebenarnya Mohd Syaiful Doli Sharif, 28, menerusi laman Instagram telah berkongsi luahan hatinya itu.

Perkongsian tersebut telah membuatkan ramai yang tersentuh apabila pelawak dari kumpulan Zero, itu memohon maaf daripada anaknya kerana tidak dapat melihatnya itu membesar di depan mata.





"Assalamualaikum.. Alhamdulillah 3x.. genap setahun sudah anak ku MOHAMMAD SHARIF ISYRAQ.. Semoga menjadi anak yang taat dan hormat pada ibu bapa, keluarga dan orang di sekeliling mu..

"Semoga menjadi anak yang soleh dan membawa kebahagiaan kepada keluarga kita.. Semoga menjadi anak yang boleh membimbing keluarga dan menjadi pemimpin yang baik satu hari nanti..

"Hanya doa yang ayah mampu berikan untuk mu wahai anak ku.. minta maaf kerana di hari penting mu, ayah tak dapat meraihkan hari kelahiran mu dan hari perjuangan antara hidup dan mati ibu mu untuk melahirkan mu..

Klik untuk gambar besar


"Maafkan ayah sebab tak ada di sisi kamu kerana kesibukan kerja.. Minta maaf sebab kau membesar tanpa ada ayah di sisi mu..

"Kau mengenal dunia tanpa ayah memimpin mu buat seketika.. Kau mengenal lapar dan dahaga tanpa ada ayah untuk menyuap mu..

"Insyaallah nak, rezeki yang ayah dapat sekarang ini adalah rezeki yang Allah turunkan untuk mu melalui ayah..



"Setiap perbuatan sekarang yang ayah buat ini adalah untuk mu anak ku.. Apa pun yang terjadi malam ini adalah lah ketentuan dan rezeki untuk mu yang datang dari Allah..

"Selamat ulang tahun yang pertama untuk anak ku MOHAMMAD SHARIF ISYRAQ..," luah Syaiful di IGnya.

Untuk rekod, Syaiful mendirikan rumah tangga dengan Ashura pada 24 Julai 2015 di Surai Kampung Pantai Bahagia, Kudat Sabah. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki pada 5 Mei 2016.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Syaiful Zero IG




         ________________________





No comments: