Tahniah diucapkan buat penyanyi popular era 1980-an, Nassier Wahab, 55, apabila dirinya itu dianugerahkan Darjah Kebesaran Peringkat Kedua, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Nassier menerima gelaran Datuk oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Sempena Memuliakan Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar semlam.
Kata Nassier, sejurus meneriman gelaran Datuk, dia mula menerima banyak panggilan dan mesej daripada kenalan terdekat mengucapkan tahniah.
Dalam masa sama, Nassier memberitahu, biarpun baru sahaja menyandang gelaran Datuk, dia lebih senang bersikap 'low profile' dan hanya mahu dikenali dengan panggilan Nassier seperti sebelum ini.
"Alhamdulillah, saya hanya mampu berkata syukur atas rezeki Allah yang tidak dijangka ini. Terima kasih atas semua ucapan tahniah yang dikirim yang mana ada kenalan mula mengusik dengan status panggilan saya selepas ini.
"Tak payah susah-susah kerana pangkat tidak membawa kita ke mana-mana. Panggil sahaja saya Nassier kalau itu yang mendekatkan kita, saya tak kisah," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Tambah penyanyi lagu 'Memori Cinta Luka' ini lagi, anugerah itu adalah pengiktirafan tertinggi pernah diterimanya selama 30 tahun sejak berkecimpung dalam lapangan seni.
"Selain pengiktirafan ini, September tahun lalu saya pernah menerima anugerah Tokoh Seni Ma'al Hijrah dari Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang)," katanya.
Nassier merupakan antara 158 penerima darjah kebesaran dan pingat yang disempurnakan Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada Isnin.
www.myartis.com / Sumber: mStar
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment