Ramai tertanya adakah pelakon dan pengacara, Neelofa yang pulang lebih awal sebelum malam kemuncak ABPBH berakhir Ahad lalu itu sebenarnya kecewa dek kerana gagal mendapat gelaran 'Bintang Paling Popular' yang pernah dimenanginya pada tahun 2016.
Tidak mahu segala spekulasi liar mengenai isu tersebut, pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor memberitahu tindakan beliau untuk meninggalkan majlis tersebut dengan lebih awal kerana ingin mengelakkan 'drama', sekali gus mencetuskan situasi kurang enak pada majlis berkenaan.
"Sebelum orang reka spekulasi yang bukan-bukan, sekali gus mencetuskan drama, lebih baik saya tidak ke depan. Kebetulan saya datang lewat selepas lebih sejam acara bermula, jadi saya pun berada di belakang pentas hinggalah tugas saya selesai.
"Memang saya langsung tidak jumpa sesiapa yang berada di depan pentas," katanya ketika ditemui media pada majlis pelancaran koleksi Naelofar Hijab Raya 2017.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanpun, Neelofa tidak menjelaskan secara terperinci apakah 'drama' yang dimaksudkan. Namun begitu, ada sesetengah pihak beranggapan perkara itu mungkin ada kaitan dengan pelakon lelaki yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini, Fattah Amin
Ditanya apakah beliau ada menghubungi Fattah untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangannya, Neelofa yang berjaya mengekalkan trofi Pengacara TV Popular, enggan menjawab pertanyaan berkenaan.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment