09 May 2017

DIDAKWA 'BUAT HAL' LAGI - SITI NORDIANA AKUI TERKILAN



Penyanyi dan pelakon Siti Nordiana atau Nana, 33, mengakui terkilan apabila dirinya itu didakwa buat hal lagi kononnya sengaja datang lambat ke lokasi sebuah penggambaran dan meminta untuk didahulukan temubual.

"Saya sedikit terkilan kerana sebagai artis saya sedaya upaya ingin memberi sokongan kepada program-program tempatan. Namun tidak sangka pula lain jadinya," katanya.

Kata penyanyi lagu 'Terus Mencintai' ini, tuduhan tersebut secara tidak langsung boleh memberi persepsi buruk terhadap disiplin dirinya.





Enggan perkara itu terus berterusan, Nana telah tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

"Saya tidak pernah datang lambat pada mana-mana program kerana pengurus saya akan bagi call time dua jam awal daripada masa sebenar.

"Saya mengaku ada minta agar produksi awalkan giliran saya untuk rakaman program hiburan baru-baru ini. Ketika itu saya sampai awal tetapi program itu tidak mula lagi.

"Sedangkan saya perlu ke lokasi lain untuk persembahan secara langsung anugerah pada sebelah malam," ujarnya dipetik sebagai berkata.



Nana mengulas tentang berita di ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad lalu yang mendakwa dia 'buat hal' lagi.

Terdahulu, ketika menjuarai pentas Gegar Vaganza musim kedua lalu, sudah timbul isu Nana mula 'demand' dengan meletakkan harga bayaran tinggi.

Bagaimanapun, Nana meminta maaf jika perkara itu menyusahkan seluruh pihak produksi berkenaan.

"Saya enggan panjangkan cerita ini, kalau ada yang terasa hati, saya minta maaf," tuturnya ketika ditemui pada majlis pelancaran program 'Cipta Kawan Cheek-e'.




www.myartis.com / Sumber: mStar




         ________________________





No comments: