12 May 2017

DIDAKWA HALAU FASHA SANDHA: "BESOK AKAN TERBUKTI" - NORA DANISH



Semua mengetahui mengenai luahan Fasha Sandha yang mengatakan dirinya itu dihalau daripada sebuah acara fesyen gara-gara seorang selebriti yang enggan melihat kehadirannya di acara tersebut.

Malah selebriti tersebut mahu menarik diri daripada bekerjasama dengan pihak produk tekstil popular yang menganjurkan acara berkenaan jika Fasha ada pada malam tersebut.

Isu tersebut memang cukup hangat dan mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengaitkan nama Nora Danish sebagai artis yang dikatakan tidak senang dengan kehadiran Fasha.





Tidak mahu namanya terus terpalit dengan kontroversi, Nora telah memuatnaik status di laman twitter miliknya berkenaan segala tuduhan yang dilemparkan kepada dirinya.

Malah, Nora juga menerusi ruangan komen di Instagramnya turut membalas komen netizen dengan menyatakan satu hari kebenaran akan terbukti.

Sementara itu, suami Nora iaitu Nedim Nazri dalam kenyataan yang dikongsikan di Instagram menjelaskan dakwaan Fasha bahawa pelakon wanita berkenaan dihalau di atas arahan isterinya adalah tidak benar sama sekali. Nedim juga menyifatkan perkara itu sebagai fitnah.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Nora yang prihatin dengan kenyataan yang diluahkan oleh suaminya itu turut memuatnaik sekeping gambar dengan kapsyen ringkas.

Bahagian komen Instagram Nora Danish juga pastinya menjadi lubuk peminat berbalah menegakkan selebriti kesayangan masing masing.

Erm, nampaknya kedua-dua pihak telah tampil dengan kenyataan mereka tersendiri. Kami tidak tahu apa yang sudah berlaku, tetapi harapnya isu ini tidaklah berpanjangan.

Bagaimanapun, mereka berdua tetap berada di dalam industri yang sama dan cubalah untuk tidak bermasam muka. Harapnya semua mampu berbaik semula atau sekurang-kurangnya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.












www.myartis.com / Sumber: Nora Danish Twitter-IG & Nedim Nazri IG




         ________________________





No comments: