12 May 2017

KENA HALAU DARI MAJLIS - FASHA SANDHA LUAH RASA BENGANG



Petang semalam di laman sosial milik pelakon Fasha Sandha telah menjadi kecoh dengan ribuan komen di atas satu kenyataan yang dikeluarkannya.

Menurut Fasha, dia telah dihalau dari sebuah majlis atas desakan satu lagi pihak lain yang mendakwa akan menarik diri jika Fasha terus ada di majlis berkenaan.

Mengikut turutan peristiwa yang dikongsikan oleh Fasha, jutawan kosmetik Nur Sajat telah memaklumkan mengenai permintaan satu pihak tersebut yang tidak mahu Fasha berada di majlis yang sama.





Namun pihak penganjur menghubungi Sajat semula dan menjelaskan bahawa perkara tersebut hanyalah salah faham.

Bagaimanapun, Fasha sekali lagi memuatnaik kenyataan balas dan bersumpah kejadian yang menimpanya pada majlis berkenaan benar-benar terjadi, sekaligus menafikan dakwaan pihak berkenaan yang menyatakan bahawa apa yang terjadi adalah fitnah semata.

Ibu kepada dua cahaya mata ini dengan tegas juga memberitahu beliau tidak akan hadir di dalam mana-mana acara jika ada nama individu tersebut.

Apa pun, semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Industri hiburan di Malaysia cuma sekangkang kera, pergi sana pergi sini, jumpa muka yang sama juga. Kami harap Fasha kekal tabah menghadapi isu ini.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Fasha Sandha




         ________________________





No comments: