12 May 2017

ISU DITAHAN KERANA GANJA - SOFI JIKAN TAMPIL NAFIKAN



Semalam berita mengenai pelakon Sofi Jikan ditahan pihak berkuasa dek kerana tersebar gambar kad pengenalan dan lesen memandu miliknya bersama daun kecil yang dipercayai sebagai ganja mula menjadi viral di media sosial.

Dalam sekelip mata nama Sofi menjadi bualan hangat dan dituduh terbabit dengan kes pengambilan ganja.

Tidak mahu namanya terus terpalit dengan berita palsu, Sofi telah tampil menafikan berita tersebut serta menjelaskan situasi sebenaryang berlaku.





"Gambar itu menggambarkan seolah-olah saya ditahan polis kerana terbabit dengan penggunaan ganja padahal saya menjalani rutin harian seperti biasa.

"Jumaat lalu, saya kehilangan dompet yang mengandungi dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalan dan lesen memandu di Kuala Perlis.

"Saya percaya individu yang menemui dompet berkenaan menyalahgunakan dokumen berkenaan dan menyebar berita palsu itu," jelasnya yang turut memohon pihak yang menemui dokumen berkenaan agar menyerahkannya semula kepada pihak berkuasa.

Klik untuk gambar besar


Alahai kesian pula dengan Sofi. Gara-gara kehilangan dokumen pengenalan dirinya, beliau sudah dituduh terlibat dalam kes ganja pula.

Boleh bikin sakit kepala juga jika kehilangan dokumen pengenalan diri ini sebenarnya. Apa pun, semoga segala masalah Sofi dapat diselesaikan dan dipermudahkan segala urusan.

Harapnya dengan penjelasan ini, tiada lagi pihak yang akan menyebarkan berita palsu ini.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro




         ________________________





No comments: