30 May 2017

FAIZAL TAHIR MAHU ANAK RASAI SUASANA PUASA & RAYA DI LUAR NEGARA



Pernah merasai bagaimana suasana berpuasa dan beraya di luar negara sewaktu kecil dulu, kini penyanyi Faizal Tahir merancang untuk memberi anak-anaknya pula mempunyai pengalaman tersebut.

"Saya rancang bersama isteri, tahun ini kami sekeluarga hendak menjalani ibadah puasa dan menyambut raya di luar Malaysia. Tapi buat masa ini belum tahu lagi di negara mana. Mekah, mungkin tapi tak pasti lagi.





"Saja saya hendak anak-anak merasai bagaimana suasana berpuasa dan beraya di tempat orang. Sebab, ketika kecil-kecil dulu, saya merasai pengalaman itu. Jadi kini giliran anak-anak pula biar mereka rasa dan alami sendiri.

Dalam pada itu, bapa kepada enam cahaya mata ini berkata mengajar anak berpuasa mungkin tidaklah begitu sukar baginya memandangkan sejak kecil anak-anaknya itu sudah maklum tentang rutin berpuasa di bulan Ramadan.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu 'Assalamualaikum ini', dia bersyukur kerana tugasnya menjadi lebih mudah disebabkan anak-anaknya sudah mendapat didikan di sekolah tentang pergertian serta penghayatan rukun Islam yang ketiga itu.

Klik untuk gambar besar


"Alhamdulillah, saya mampu menghantar anak-anak ke sekolah agama, jadi tugas saya menjadi agak senang kerana mereka sudah belajar di sekolah tentang ibadah berpuasa.

"Kalau dari segi rutin, setiap tahun puasa begitu juga dengan sambutan raya, kalau saya sekeluarga biasa-biasa dan sederhana sahaja.

"Tidak terlebih dan tidak terkurang," ujarnya yang berkongsi mengenai caranya dalam mendidik anak-anaknya berpuasa.


www.myartis.com / Sumber: Malaysian Digest




         ________________________





No comments: