19 May 2017

FOUZIAH GOUS & SUAMI BAKAL TIMANG ANAK KEDUA



Mimpi jadi kenyataan!

Demikian halnya dengan pelakon Fouziah Gous, 35, yang tidak menyangka mimpi suaminya, Zhafran Yusof yang melihat dirinya mengandung rupanya memberi petanda sekaligus berita gembira apabila disahkan doktor bahawa dia betul-betul berbadan dua.

Menurut Fouziah, pada mulanya dia tidak mengambil serius apabila suami bercerita tentang mimpi tersebut. Malah dia sendiri sejak kebelakangan ini ada bermimpi perkara yang pelik-pelik. Namun menganggap perkara itu sekadar mainan tidur.





Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Fouziah menerusi laman Instagram dengan memuatnaik sebuah video 'ultrasound' menampakkan kandungannya yang kini berusia 14 minggu.

"Ada cerita kelakar sebenarnya tentang kehamilan saya kali ini. Suami ada beritahu yang dia bermimpi saya mengandung. Tapi saya fikir itu hanya sekadar mainan tidur.

"Sebab saya pun ada mimpi yang mengarut-mengarut selain mood saya asyik tidak stabil dan sejak kebelakangan ni saya asyik rasa macam perut masuk saya masuk angin.

"Suami bawa saya ke hospital untuk buat pemeriksaan. Doktor mulanya menyangka saya ada gastrik.

Klik untuk gambar besar


"Saya hampir menjalani rawatan susulan tetapi pada hari yang sepatutnya saya lakukan rawatan tersebut, saya beritahu doktor bahawa simptom-sipmtom yang saya alami ini sama seperti ketika hamilkan anak pertama dulu.

"Kemudian suami bawa saya membuat pemeriksaan doktor sekali lagi dan ketika itu doktor sahkan saya hamil tujuh minggu. Sekarang sudah 14 minggu," kata Fouziah ketika ditemui media pada majlis pelancaran program Ramadan TV3 & TV9.

Fouziah yang berkahwin dengan Zhafran pada 21 September 2013 itu sebelum ini telah dikurniakan seorang anak lelkai bernama Muhammad Zeeshan yang lahir pada 26 November 2016.

Alhamdullilah, semoga kandungan Fouziah berada di dalam keadaan sihat serta proses kehamilan berjalan dengan lancar.






www.myartis.com / Sumber: Malaysian Digest




         ________________________





No comments: