19 May 2017

DIMINTA MOHON MAAF SECARA TERBUKA: "SAYA TAK BIADAP" - DAVID TEO



"Kita menggesa David supaya memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia kerana telah bersikap biadab di dalam program Perdana Menteri.

"Permohonan maaf ini perlu dilakukannya dalam tempoh tiga hari," kata Presiden Gerakan Memartabatkan Pejuang Negara, Mejar (B) Razali Zakaria.

Jelasnya, tindakan penerbit filem, David Teo malam kelmarin jelas tidak menghormati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menganjurkan program untuk penggiat seni di kediamannya.





Dalam pada itu, beliau turut berkata yang pihaknya juga mahu Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengambil tindakan tegas kepada penerbit filem itu sebagai pengajaran supaya insiden sama tidak berulang pada masa depan.

Mengulas lanjut, Razali turut meminta Kementerian Pertahanan supaya menarik kembali pangkat Mejar (Kehormat) daripada David kerana mencemarkan pangkat terbabit.

"Satu tindakan juga perlu diambil kepada David sebagai pengajaran terhadap semua orang tidak kira lapisan bangsa supaya jangan biadab kepada Perdana Menteri terutama dalam majlis rasmi," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, dalam laporan lain pula, ekoran video Mat Over menampar David ketika Sesi Dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Penggiat Seni di Seri Perdana kelmarin, pihak polis bakal menjalankan siasatan berhubung kekecohan yang berlaku.

Sementara itu, David yang menyedari dirinya dikecam teruk telah tampil mempertahankan dirinya.

Menurut David, beliau tidak bersikap biadap kerana Perdana Menteri sendiri mengizinkannya bercakap. Namun belum sempat soalan ditanyakan, Sulaiman Yassin atau lebih dikenali sebagai Mat Over datang menyerangnya.

"Saya yang dipukul bukan saya yang memukul. Saya belum sempat bercakap dengan PM pun. Malah PM izinkan saya bercakap dengannya.



"Tapi belum sempat bercakap kejadian itu berlaku. Ketika itu, saya tiada mikrofon dan saya bagi tau Rosyam ada orang di belakang ingin bertanya soalan.

"Rosyam pula kata saya boleh terus bertanya kepada PM, sebab itulah saya bertanya. Saya tidak biadap dengan PM sebab saya tak sempat bertanya soalan pun lagi.

"Jadi macam mana orang boleh cakap saya bersikap biadap dengan PM. Saya sendiri pun tak faham kenapa orang berkata begitu," tuturnya.



Biarpun ramai yang mendesak David memohon maaf secara terbuka kerana sikapnya itu, namun tegasnya, selepas kejadian itu berlaku, beliau sendiri sudah pun memohon maaf kepada Perdana Menteri.

Malah katanya, ramai yang melihat video itu salah faham dengan kejadian sebenar.

"Saya sudah minta maaf dengan PM sendiri, saya bisik dengan beliau masa saya bersalam dengan beliau. Beliau juga senyum sahaja dengan saya.

"Ramai orang tak tengok video itu betul-betul. Saya baru bercakap dengan Rosyam sahaja, belum dengan PM lagi," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & mStar




         ________________________





No comments: