19 May 2017

BILA NASSIER WAHAB DAPAT BANGLO SELEPAS GELARAN DATUK



Bagai mendapat durian runtuh!

Demikian kisah penyanyi Nassier Wahab yang mengakui terkejut apabila menerima dua kejutan pada tahun ini iaitu dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk dan dihadiahkan sebuah banglo.

Menurut Nassier, dia dihadiahkan banglo tersebut kerana menjadi duta sebuah syarikat hartanah yang diterajui pelakon dan ahli perniagaan, Boy Iman.





"Sejujurnya saya tidak menyangka akan diberikan nikmat berganda seperti ini kerana sepanjang 32 tahun bergelar anak seni, saya tidak pernah bermimpi untuk mendapat penghargaan ini.

"Ia juga umpama hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kelahiran saya yang ke-55, 18 April lalu.

"Saya bukan sahaja diumumkan sebagai duta sebuah syarikat hartanah namun saja juga mendapat sebuah banglo dan kediaman tersebut tidak jauh daripada tempat tinggal saya sekarang ini.

"Saya diberi tanggungjawab selama dua tahun sebagai duta dan harus memberi kesedaran kepada masyarakat supaya memiliki rumah sendiri pada usia muda," katanya ketika ditemui media pada majlis memperkenalkan duta Syarikat DBI Technology Sdn.Bhd., di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, semalam.

Tambah Nassier, banglo yang berharga RM150,000 terletak di Kapar, Klang, Selangor, merupakan hadiah untuk menghargai perjuangannya sebagai anak seni selama ini.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak




         ________________________





No comments: