Pelawak dan pengarah, Afdlin Shauki menerusi laman Facebook serta Instagram miliknya telah memuatnaik status mempersoalkan tindakan moderator iaitu Datuk Rosyam Nor.
Menurut Afdlin dalam status itu, Rosyam yang memburukkan keadaan dengan kenyataan "dia ni memang kurang ajar" yang merujuk kepada penerbit filem, Datuk David Teo yang ditampar pelakon veteran, Sulaiman Yassin atau Mat Over.
Dalam masa sama, Afdlin menganggap Rosyam gagal untuk mengawal keadaan dengan baik apabila kekecohan tersebut berlaku.
Pendapat Afdlin itu mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya di Facebook serta Instagram. Ada yang kurang bersetuju mengapa Afdlin mahu menghangatkan lagi situasi.
Namun, jelas Afdlin sebagai penggiat seni beliau turut terkesan dengan apa yang berlaku.
Afdlin dalam kenyataan sama turut menggesa Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi mengambil tindakan terhadap Rosyam yang kelakuannya disifatkan memalukan dan mengaibkan penggiat seni.
Sementara itu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi menerusi portal Free Malaysia Today meminta orang ramai untuk tidak lagi memanjangkan isu David Teo ditampar.
Klik untuk gambar besar
Jelas Zed, David dan Mat Over sudah pun memohon maaf antara satu sama lain secara ikhlas pada malam insiden tersebut berlaku.
Dialog TN50 bersama Datuk Seri Najib Razak yang berlangsung malam tadi kecoh selepas Mat Over menampar Teo di depan perdana menteri.
Insiden itu berpunca daripada Teo meminta Rosyam memberi peluang kepada hadirin di barisan belakang untuk mengajukan soalan kepada Najib, sebelum Mat Over tiba-tiba muncul dan menampar Teo ketika Rosyam membuka ruang kepada penerbit itu untuk tanya perdana menteri.
www.myartis.com / Sumber: Facebook Afdlin Shauki / Free Malaysia Today
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment