Penyanyi Elyana yang sebelum ini mengalami komplikasi semasa mengandung telah menyebabkannya tidak dapat lagi untuk hamil.
Dek kerana itu, Elyana memberitahu yang beliau berhasrat untuk mengambil anak angkat dan jika ada peluang, beliau mahu mencari keluarga susah yang tidak mampu unutk menjaga bayi mereka untuk di ambil sebagai anak angkat.
"Saya nak mengandung tapi tak boleh dah. Saya sekarang nak cari anak angkat, sebab saya dah buang sebelah. Baru-baru ini saya gugur, bayi tersekat dalam tiub. Jadi Doktor buang tahun lepas.
"Anak saya sudah besar tahun ni berusia 6 tahun dan saya sebenarnya dah lama sangat hendak menambah zuriat," jelasnya.
Dalam pada itu, Elyana turut berkongsi cerita dimana beliau sememangnya menginginkan seorang anak angkat walaupun mempunyai anak yang ramai dari zaman sekolah lagi.
"Tapi memang dari zaman sekolah nak ambil anak angkat. Saya cuba untuk ambil anak angkat untuk tolong orang susah. Mungkin Tuhan nak tunjuk dekat saya yang saya dah tak dapat anak, jadi ambillah anak angkat.
Klik untuk gambar besar
"Saya kalau boleh mahu cari keluarga yang susah serta yang benar-benar tidak mampu hendak menjaga bayi mereka. Tidak kisah apa jantina mereka pun saya akan terima. Malah jika ada rezeki lebih saya mahu ambil anak angkat lebih dari satu.
"Lelaki atau perempuan, dan rupa semua itu saya tak kisah. Tapi saya nak dia semasa bayi lagi. Suami saya tidak ada masalah," katanya yang telah muncul dengan single terbaru berjudul 'Ikhlas Dalam Resah'.
Untuk rekod, Elyana mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada November 2010. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Summayah yang kini berusia 6 tahun.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Rotikaya
________________________
Follow @myartisdotcom
No comments:
Post a Comment